About me

GOSIP TERHANGAT SEPANJANG TAHUN 2010

tajaan secantikmanis on Friday, December 31, 2010


okey jom lihat i hendak menjadi minah kepoh sebentar. sebentar je okey. eh i rasa mungkin ambil masa dalam 5 jam untuk hari ini sahaja. bukan apa, hari ini cuti, i nak sewa kereta.. tetapi kereta sewa dah habis budak-budak lain sapu dulu. 

KOJAMMM LA.

i mulakan gosip terhangat sepanjang tahun 2010 dengan muka manis mencerut i.
(drumroll please)

1. Nabil kena saman RM2 juta 
AKIBAT mengutuk filem lakonan sendiri, Nabil disaman sebanyak RM2 juta oleh penerbit filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie, SDAF Pictures. Namun nasib Juara Raja Lawak musim kedua amat baik kerana saman itu ditarik balik atas pertimbangan pihak terbabit. Tidak cukup dengan cerita saman, hubungan cinta Nabil dengan Irma Hasmie yang putus gara-gara ada orang ketiga.

Belum reda cerita putus cinta, timbul pula kisah gambar Nabil bercium dengan kekasih barunya, Qasha seperti yang disiarkan dalam laman web. Nabil bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjang isu itu.
lu pikiaq la sendiri,nabil
2. Dr Rozmey dan impian RM40 juta
BERMULA daripada seorang pengusaha produk ubat kuruskan badan Jusmate 5, Dr Rozmey cuba menukar haluan dengan bergelar pembikin filem dengan mengangkat kisah lelaki menukar jantina iaitu 2 Alam. Dr Rozmey melancarkan kempen besar-besaran dan ‘perang psikologi’ apabila mensasarkan kutipan RM40 juta!

Pada awal penggambaran lagi sudah timbul pelbagai isu membabitkan pengarahnya Hairie Othman. Entah di mana silapnya, Hairie Othman disingkirkan daripada produksi itu dan tempatnya digantikan pengarah lain.

Berbalik kepada soal kutipan, selepas beberapa hari ditayangkan, 2 Alam hanya mengutip sekitar RM430,000 saja. Dengar cerita, Dr Rozmey mahu menyunting Pamela Anderson pula untuk berlakon dalam filem yang seterusnya.

3. Fahrin menangis dek Linda Onn
KECEWA dengan kenyataan bekas kekasih dan DJ Suria FM, Linda Onn yang mendakwa menuduhnya sebagai kaki pukul, pelakon sasa, Fahrin Ahmad, membuat sidang media tergempar dan mahu menyaman Linda.

Kata Fahrin, kenyataan Linda itu membuatkan ibunya (Fahrin) berasa tertekan sehingga Fahrin sendiri sebak pada sidang media itu.

Beberapa bulan berlalu, perang dingin antara mereka berdua itu berakhir dan Fahrin kini sedia melupakan hasrat untuk menyaman Linda demi kebaikan banyak pihak.

4. Saiful Apek dan tempias ganja
PENAHANAN ke atas pelawak popular Saiful Apek bersama rakannya di sebuah pangsapuri di Subang Jaya, Selangor mengejutkan lagi peminat seni tempatan. Dalam serbuan itu, pihak polis menjumpai sejumlah 40 gram ganja di dalam premis berkenaan. Selepas ditahan reman beberapa hari, Apek akhirnya dibebaskan dengan jamina 
 
hahaha okey ke tidak i jadi minah kepoh.. okeykan okeykan

kreadit: hmetro.online
Please Share it! :)