About me

BUFFERED EARNING ke-4

tajaan secantikmanis on Wednesday, December 15, 2010


Assalamualikum sahabat semua

i nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada cik NUFFNANG kerana telah memberikan i BE yang ke-4. rasa menyesal pulak la kan dulu kerana tak ada pun i buat post  tentang BE i yang ke 1,2 dan ke 3 tu. haishhh apa nak jadi.. perkara dah lepas dah tak boleh di ingat lagi. nyanyi sikit la pagi-pagi ni,sebelum pergi ke kelas.



bagus sangatlah i dapat BE ini. gigi i memang sangat sensitif. gigi i sensitif bila i minum air sejuk dan kalau terkena benda-benda yang macam besi, contohnya semasa makan menggunakan sudu. eh kejap nak tanya, sudu diperbuat daripada besi ke?? abaikan ajerlah pasal sudu tu. ni i nak cerita pasal gigi sensitif.

apakah gigi sensitif?
gigi sensitiviti adalah nama umum untuk hipersensitivitas. nama yang normal sensitif. (hahahaha). jika korang makan makanan yang panas, sejuk, manis atau tersangat la masam dan pabila minum, serta menghirup udara dingin, korang akan rasa satu perasaan yang amat ngeri iaitu gigi korang rasa sensitif ataupun senang cerita rasa macam ada denyutan ngilu je.. hah maknanya korang ada gigi sentitif la tu. jangan malau jangan segan nak ngaku.

apa yang menyebabkan gigi menjadi sensitif?
selain makanan yang menjadi sebab utama gigi menjadi sensitif, ada sebab-sebab yang lain juga yang boleh menyebabkan gigi menjadi sensitif :
· Mengetap gigi – Mengetap gigi boleh menyiat enamel gigi dan dalam sesetengah orang, mengakibatkan kawasan dentin terdedah.
· Penghakisan gigi – Makanan yang berasid dan refluks gastrik boleh mengakibatkan penyusutan enamel dan dentin gigi.
· Kerosakan dan lubang pada pengisian gigi.
· Membersihkan gigi – korang mungkin mengalami sedikit tanda gigi sensitif selepas menjalani pembersihan atau proses menyisik gigi kerana lapisan kotoran tartar atau kulkulus yang sebelumnya melindungi dentin yang terdedah dihapuskan.
· Proses pemutihan gigi – Bahan yang digunakan untuk memutihkan gigi boleh mengakibatkan penipisan enamel.
· Meluruskan gigi – Mengubah kedudukan gigi korang boleh mengakibatkan kawasan dentin yang terselindung sebelumnya, terdedah.

bagaimana cara boleh mengatasi gigi sensitif?

colgate, jenama utama yang dipercayai dalam bidang pergigian, baru-baru ini colgate memperkenalkan COLGATE SENSITIVE PRO-RELIEF, ubat gigi yang pertama dan satu-satunya terbukti secara klinikal, mampu memberiakn rasa lega pada gigi sensitif secara segera dan tahan lama.

rasa macam duta iklan colgate pulak dah.

Photobucket
Please Share it! :)