About me

Lafaz Niat Puasa Dan Berbuka

tajaan secantikmanis on Friday, August 6, 2010

assalamualikum sahabat...

fuh rasanya minggu ini penuh dengan dugaan dan cabaran. segala projek segala tutorial segala quiz segala asigment segalanla lah berlaku dalam minggu ini. penat, lelah, masalah semua ada. terbantut i hendak berblogwalking.. terasa rindu pun ada juga.

kalau dulu masuk bulan 8 dalam akal fikiran fikir 31 ogos je.. hari kemerdekaan.. tetapi berbeza dengan masuk bulan 8 tahun ini. fikir puasa..fikir dah ke ganti puasa?? i dah habis ganti dah.. sahabat semua dah habis ganti ke belum??

okeylah untuk sahabat semua i sertakan sekali niat nak ganti puasa

Niat Ganti Puasa

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala\

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

 

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Please Share it! :)