About me

BICARA ROHANI: Pengertian Bulan-Bulan Islam

tajaan secantikmanis on Sunday, August 1, 2010

 Assalamualikum sahabat

sudah masuk kita semua kedalam bulan 8..
macam-macam agenda yang sudah diatur dalam kalendar hp i
macam-macam juga jenis cubaan dalam bulan 8 ni

puasa pun dah nak menjelma
i harap duit untuk bulan ini cukup la ye
i nanti tidak mahu la pegi bazar ramadhan

giler ko tak pergi
mesti pergi punyalah
kalau bulan bukan puasa i belanja sehari untuk makan
RM5.00

untuk bulan puasa
entah-entah 2x ganda

hehehehhehehe


Ini ada sedikiti info Bulan-bulan Islam 12 Bulan dalam 1 Tahun 
Penetapan tahun Hijriah dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab.
Tepatnya pada hari Khamis 8 Rabi'ul Awal tahun 17 Hijriah di tahun ke 4 Umar berkuasa. 
khas untuk sahabat semua. enjoy ur reading okey

1. Muharram - Ertinya yang diharamkan. 
Sebab dalam bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang. Namun, larangan itu tidak berlaku lagi sejak turun firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 191. 

2. Safar - Ertinya Kosong. 
Ini kerana pada bulan ini pemukiman Arab dahulunya kosong dari kaum laki-laki untuk pergi berniaga, merantau atau berperang. 

3. Rabi'ul Awal - Rabi' ertinya menetap dan Awal ertinya pertama 
Jadi awal menetapnya kaum laki-laki sekembali mereka dari merantau atau berniaga. Rasulullah lahir, diangkat jadil rasul, melakukan hijrah, dan wafat terjadi pada bulan ini. 

4. Rabi'ul Akhir - Ertinya akhir dari masa menetap 
di rumah bagi kaum laki-laki. 

5. Jumadil Awal - Jumadi ertinya Kering 
Jadi ertinya awal dari musim kemarau. 

6. Jumadil Akhir - Ertinya Akhir dari musim kering atau kemarau. 

 
7. Rajab - Ertinya Mulia. 
Ini kerana bangsa Arab tempoh dahulu sangat memuliakan bulan ini. 

8. Syaban - Ertinya berkelompok. 
Kerana pada bulan ini lazimnya bangsa Arab berkelompok dalam mencari nafkah, kemungkinan untuk waktu yang lama. Pada bulan ini terjadi perpindahan, kiblat dari Baitul Muqaddas ke Ka'bah di Baitullah. 

9. Ramadhan - Ertinya sangat panas. 
Merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Quran. Bulan yang memiliki banyak kelebihan, keutamaan, kesucian, dan keistimewaan. 

10. Syawal - Ertinya kebahagiaan 
kerana kembalinya manusia kepada kesucian setelah menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat. 

11. Zulqaidah - Zul ertinya pemilik dan qa'dah ertinya duduk, 
kerana bulan ini merupakan istirahat bagi kaum laki-laki. Mereka menikmatinya dengan duduk-duduk di rumah. 

12. Zulhijjah - Yang menunaikan haji. Sebab pada bulan ini umat Islam sejak nabi Adam as menunaikan ibadah haji.



Please Share it! :)

{ 2 sweetie... read them below or add one }

puteri cahaya. said...

good info. tq

secantikmanis said...

i harap segala info atau en3 yang i tulis di sini boleh dimanfaatkan kepada semua blogger