About me

Bapa gadai nyawa demi anak

tajaan secantikmanis on Monday, August 2, 2010

Assalamualikum sahabat..

Sahabat semua sihat hari ini. I harap sahabat semua sihat sejahtera hendaknya. I nak tanya 1 soalan ni? Jangan risau i tak mintak jawapan pun ye. Hehehe.. sudah baca suratkhabar hari ini? Sesiapa yang sudah baca mesti ada baca tentang kisah BAPA GADAI NYAWA DEMI ANAK.

Sedih betul i baca ceritanya. Kasih sayang seorang bapa kepada anak-anaknya yang sanggup mengorbankannya sendiri.

Tiba-tiba i teringat dekat en.zaki di rumah. Sihat ke tidak dia? Semalam i call ibu i tidak sempat i nak berbual dengan dia kerana i melayan celoteh adik i. I dengar gosip ibu i. Ibu i kata abah i sekarang ni tengah sibuk nak kuruskan badan. Sebab utama dia nak kuruskan badan sebab i dah kurus. Nanti abah i takut, kalau dia bawak i pergi shopping nanti, i malu nak berjalan sebelah dia sebab dia nampak gemuk, sebab dia nampak tua.

Eh eh kesitu pulak en.zaki ni.en.zaki kakak takkan malulah bila en.zaki bawak kakak pergi shopping nanti. Kenapa kakak perlu malu? sepatutnya perkara sebegitu tidak patut terlintas di fikiran en.zaki okey? Kakak sebagai anak tidak sepatutnya melakukan perlakuan sebegitu kepada en.zaki. TIDAK SEPATUTNYA!!

Tetapi kan en.zaki.. ibu pernah slow talk dengan kakak. Ibu cakap dengan kakak, sekarang kakak sudah besar. Sudah jadi anak dara. Perlakuan kakak dengan abah pun ada batasnya.

  • Kalau dulu kakak selalu pakai seluar pendek dihadapan abah, sekarang tidak boleh lagi.
  • Kalau dulu kakak selalu tido sebelah abah, sekarang tidak boleh lagi.
  • Kakak mesti menjaga perlakuan kakak dihadapan abah tahu.

I ingat lagi sampai sekarang pesanan ibu i pada i. I tanya ibu i semula kenapa i perlu menjaga perlakuan,perbuatan i dihadapan abah i sendir? I tanya ibu i lagi.. kalau macam itu, nanti perhubungan i dengan abah akan renggang.

Respon ibu i pada i hanyalah senyuman dan dia bisik sesuatu pada i.
Kakak sudah besar dan kakak adalah seorang anak yang dengar kata bukan?

Ye dulu i tidak paham kenapa perlu i menjaga kelakuan i dihadapan en.zaki. tetapi sekarang i sudah paham,dan hubungan i dengan abah i tidak sedikit pun renggang.

En zaki...
Orang kata muka kakak sama dengan muka abah. Dari bentuk mukanya, keningnya, matanya, mulutnya..tetapi orang luar tidak tahu peragai kita jugak sama. Degilnya,sifat hangat-hangat tahi ayamnya,sifat terlalu mudah percaya pada orang.

i harap en.zaki baca cerita i hari ini..dan ada pesanan untuk abah.. kakak tidak kisah abah hendak kurus, tetapi niatnya bukan kerana takut kakak malu pada fizikal abah. abah sepatutnya kurus kerana niat untuk menjaga kesihatan.



Please Share it! :)

{ 2 sweetie... read them below or add one }

MaryamJamilah said...

good advice :)

NuSaNa NoSa 91 said...

kasih syg seorg ayah..
seorg ayah sukar nk bgtau dia syg kita, tp kita dpt tau dia syg kita melalui perbuatan dia.. bersyukur la sbb kita masih punya ayah.. ^_^